Pages

Monday 27 April 2020

RAP Riang Ria

Apa khabar semua.Sudah lama tak post di blog ini. Tak tau apa yang nak dikongsikan.Jadi, hari ini saja lah nak berkongsi sedikit cerita.


Bamey memang suka mencari harta-harta karun dekat pasar karat atau pun orang-orang barat panggil "Flea Market"..Nak dijadikan cerita tengah sibuk "menyelam" ni Bamey terperasan la ada 2 buah gelas yang menarik perhatian Bamey.Kalau di barat memang orang tak pandang atau pun dia orang pon tak tau ada apa yang bestnya gelas nie,tapi bukan di Malaysia..Boleh dikatakan satu penemuan hebat jugak lah..hahaha

Apa yang Bamey jumpa??? Ini diaa!!!..
CAWAN RAP RIANG RIA!!

Cawan RAP(4U2C) Riang Ria

KUMPULAN Rap 4U2C


Bagi sesiapa yang lahir pada era lewat 80an dan 90an pasti dengan kumpulan rap 4u2c dengan trademark rantai CD di leher..hahaha..zaman tu rasa cool je gantung CD dekat leher..hahaha 
Sebuah syarikat pengeluar minuman pada waktu itu,SBM Trading Sdn Bhd telah mengikat kontrak dengan 4U2C untuk mewakili jenama air tin mereka yang di beri nama "RAP" dengan tagline Riang Ria..

So, sesiapa yang masih ada simpan barang-barang jenama RAP ni boleh dikatakan harta karun jugak la..hahaha..Rasanya nak jumpa pada waktu sekarang ni agak susah..
Kalau ada tu boleh la cuba jual dekat pajak gadai mana tau laku..hahaha
Okey la,itu saja yang Bamey nak kongsikan untuk entry kali ini..lain kali kita jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment