Pages

Saturday 27 June 2020

HELMET SWAN FULLFACE

Apa khabar semua..harap semua sihar dan jaga kesihatan diri sewaktu dunia dilanda virus covid19..Dan bagi mereka yang terkorban menjadi mangsa virus covid19 ni marilah kita doakan agar semua tenang di sana..Rest in Peace.
Dan sewaktu Bamey menaip blog ini virus covid di Malaysia sudah berkurangan menjadi satu angka berbanding sebelum ini tiga angka kes untuk satu hari,Tahniah frontline Malaysia!!!
Waktu² macam nie memang Bamey tak kemana duduk rumah je la..nak menyelam ke pasar karat(flea market) pin pasar karat masih tak dibenarkan beroperasi bagi mengurangkan aktiviti sosial..jadi bila tak ada kerja duduk rumah duduk la diam² dekat rumah...
 Nak dijadikan cerita kawan bamey Lan pomen talifon suruh datang bengkel dia,ada jajan sikit katanya..Boleh lah menyelam dekat sana buat lepas gian..hahaha
So, datang lah bengkel dia..fuhhh,rupanya baru bawak balik motor purba rupanya,kawasaki victor 150.Motor sudah lama tersadai katanya..
Jadi dekat sana dapat la sparepart cable² untuk motor NSR bamey..main motor lama nie memang agak susah sikit untuk cari sparepart dekat bengkel dan faktor harga yang agak mahal,bila dah jumpa nie kita sapu je la..

cable minyak,cluth,choke dan PV

HONDA NSR 1998 bamey..hehehe

                          

Ohh,lupa nak cerita,bamey ada bawak balik sekali helmet swan putih fullface(New old Stock)..hahaha..dekat Malaysia nie memang orang tak pandang helmet nie,kalau pakai memang jadi bahan gelak je la...hahaha..old school katanya..Tapi barang purba punya pasal, bamey angkut je la sekali..buat koleksi simpanan..kalau pakai conform bamey je yang masih pakai dekat malaysia ni..orang semua dah pakai helmet mahal² macam arai atau shoei..hahaha
helmet swan full face



Sekian..itu saja yang sebenarnya bamey nak ceritakan untuk entry kali ini..terima kasih untuk luangkan masa baca entry bamey yang tak seberapa ini..hahahah.
 Adios Amigos..bye²

Monday 27 April 2020

RAP Riang Ria

Apa khabar semua.Sudah lama tak post di blog ini. Tak tau apa yang nak dikongsikan.Jadi, hari ini saja lah nak berkongsi sedikit cerita.


Bamey memang suka mencari harta-harta karun dekat pasar karat atau pun orang-orang barat panggil "Flea Market"..Nak dijadikan cerita tengah sibuk "menyelam" ni Bamey terperasan la ada 2 buah gelas yang menarik perhatian Bamey.Kalau di barat memang orang tak pandang atau pun dia orang pon tak tau ada apa yang bestnya gelas nie,tapi bukan di Malaysia..Boleh dikatakan satu penemuan hebat jugak lah..hahaha

Apa yang Bamey jumpa??? Ini diaa!!!..
CAWAN RAP RIANG RIA!!

Cawan RAP(4U2C) Riang Ria

KUMPULAN Rap 4U2C


Bagi sesiapa yang lahir pada era lewat 80an dan 90an pasti dengan kumpulan rap 4u2c dengan trademark rantai CD di leher..hahaha..zaman tu rasa cool je gantung CD dekat leher..hahaha 
Sebuah syarikat pengeluar minuman pada waktu itu,SBM Trading Sdn Bhd telah mengikat kontrak dengan 4U2C untuk mewakili jenama air tin mereka yang di beri nama "RAP" dengan tagline Riang Ria..

So, sesiapa yang masih ada simpan barang-barang jenama RAP ni boleh dikatakan harta karun jugak la..hahaha..Rasanya nak jumpa pada waktu sekarang ni agak susah..
Kalau ada tu boleh la cuba jual dekat pajak gadai mana tau laku..hahaha
Okey la,itu saja yang Bamey nak kongsikan untuk entry kali ini..lain kali kita jumpa lagi..

Saturday 12 May 2012

Selamat Hari Jururawat Sedunia..

kepada korang yang tak tau 
hari ni hari ape (12 may ).
tanggal 12 may adalah merupakan
hari jururawat sedunia atau pon dekenali sebagai nurse 
*tepuk sikit untuk akak-akak jururawat...plak..plak..plak..plak...

*adik jangan takut..akak injet cikit je..tak sakit pon~~

 Nak tau kenapa diambil tarikh 12 may.(*kletak..kletuk..kletak..eh" jap-jap,tngah cari kat internet..)..
haaaaaa~~ia merupakan  mengenang hari lahir Florence Nightingale iaitu pada 12 May 1820.
Siapa pula Florence Nightingale ni ue??
haaaaa!!!!!!kejap ye(*kletak..kletuk..klatak..cari kat internet lagi..)
TADAAAAAA!!!!~~~~~
Florence Nightingale ni merupakan seorang jururawat dekat negara omputeh sane la.Beliau juga dikenali sebagai "The Lady With The Lamp"...tak de kene mengene dengan syarikat -syarikat membaiki lampu..
Ini kerana beliau selalu merawat pesakitnya pada lampu malam dengan lampunya untuk merawat askar-askar perang yang cedera sewaktu berperang.
Beliau telah meninggal pada 12 ogos 1910 di bilik tidurnya 10 South street, Dauk Lan, London, pada usia 90 tahun.
*ini lah orang yang saye maksudkan...
Kepada semua jururawat atau bakal jururawat atau pun bekas pencen jururawat,selamat hari jururawat sedunia.
Jasa anda akan sentiasa dikenang.
teruskan usaha anda untuk negara..
"SELAMAT HARI JURURAWAT"

P/S:nak tau dengan lebih lanjut tentang beliau nie..rajin-rajinlah pergi perpustakaan.pergi selak buku sane cari..^^